CABARAN MENGHADAPI KANAK-KANAK PELBAGAI UPAYA

 Cabaran Menghadapi Kanak-Kanak Pelbagai Upaya

1.     Kebolehaksesan Maklumat

Kebanyakan kerja-kerja sekolah kini menggunakan sistem dalam talian untuk memudahkan pelajar-pelajar mengakses maklumat yang perlu mereka ketahui dari masa ke semasa. Pihak universiti juga menawarkan akaun atas talian bagi semua pelajar untuk memudahkan pengurusan dan pembelajaran. Kanak-kanak pelbagai upaya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat atau bahan rujukan dalam talian. Cabaran ini menghalang mereka menggunakan kemudahan berkualiti tinggi.

2.     Penerimaan Rakan Sebaya

Penerimaan rakan sebaya terhadap pelajar pelbagai upaya adalah sangat penting. Hal ini kerana apabila mereka menghadapi kesusahan, mereka akan memerlukan bantuan rakan sebaya mereka. Apabila kanak-kanak pelbagai upaya menghadapi masalah dalam mental dan emosi, rakan sebaya akan berfungsi untuk memberikan sokongan dan pertolongan.

3.     Keyakinan Diri

Cabaran dalam keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak pelbagai upaya berlaku apabila mereka merasakan bahawa mereka tidak diperlukan dan hanya menjadi beban kepada masyarakat sekeliling. Sebahagian kanak-kanak pelbagai upaya percaya bahawa mereka tidak mempunyai kekuatan menjalani kehidupan sebagai pelajar dan berjauhan dengan keluarga. Hal ini berlaku apabila mereka merasakan bahawa mereka tidak diterima oleh pelajar lain kerana kekurangan diri.

4.     Stigma Masyarakat

Kanak-kanak pelbagai upaya akan stigmatisasi dan dipengaruhi oleh masyarakat. Hal ini berlaku apabila masyarakat tidak mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak pelbagai upaya. Sebilangan masyarakat percaya bahawa kanak-kanak pelbagai upaya adalah orang yang ditandai sebagai orang yang ketidakupayaan secara luaran dan nyata sahaja.

RUJUKAN

1.Raja Nur Fakhriah Raja Zainal Badri 1Aizan Sofia Amin (2018). Isu dan Cabaran Pelajar Kurang Upaya Penglihatan di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3). Faculty of Social Sciences and Humanities Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.Mohd Hanafi Mohd Yasin, Hasnah Toran, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Siti Nur Nadirah Ibrahim dan Rozniza Zaharudin (2013). Bilik darjah pendidikan khas pada masa kini dan kekangannya terhadap proses pengajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education (28).

Comments